Thursday, December 31, 2009

5 Panduan Memilih Perabot Jati

Perabot jati memang perabot kegemaran ramai. Ia cantik, kemas dan nampak padu. Walaupun harganya lebih mahal daripada kayu kayu lain seperti cengal dan sebagainya, perabot yang dihasilkan daripada kayu jati mampu bertahan sehingga bertahun tahun lamanya. Berikut adalah 5 panduan yang boleh anda gunakan sewaktu memilih perabot kayu jati.

1. Tentukan gred perabot tersebut

Secara umumnya, perabot jati dibahagikan kepada 3 gred, iaitu gred A, gred B dan gred C. Gred ini bakal menentukan tahap harga perabot yang dijual. Gred A lebih mahal dari gred B, manakala gred B lebih mahal daripada gred C. Ini kerana perabot gred A dipotong daripada kayu jati yang paling berkualiti, dan telah mencapai usia yang matang (sehingga lebih 20 tahun). Kayunya kelihatan amat kukuh.

Jika anda tidak tahu, tanya pemilik kedai tentang gred kayu perabot mereka. Selalunya, mereka tidak akan menipu dan memain mainkan gred. Jika mereka sendiri tidak tahu, sahlah mereka ini cetek pengalaman dalam perniagaan kayu jati.

Walaupun pengetahuan anda mengenai kayu jati mungkin kurang mendalam, tetapi apabila anda mengamati dan membandingkan antara gred A, gred B dan gred C, anda akan nampak perbezaannya. Oleh kerana perabot gred A mahal, banyak diantaranya dieksport ke luar negeri untuk pasaran antarabangsa. Perabot jati gred B dan gred C paling mudah di dapati di Malaysia.

2. Pilih citarasa anda

Sudah menjadi kelaziman, perabot jati datang dengan ukiran dan juga kerawang. Ini adalah corak jati yang tradisional. Malah, hampir kebanyakan mereka yang membelinya akan memilih corak begini. Tetapi kini, rekaan perabot jati sudah banyak berubah dan mula menampilkan imej kontemporari, klasik, kolonial dan juga gabungan fusion. Ada yang kosong dan juga yang digandingkan dengan pelbagai material dan fabrik seperti kain, dan kulit. Semua ini dilakukan bagi memenuhi citarasa pelanggan yang pelbagai ragam.

Sebagai contoh, sekali imbas, perabot di bawah nampak seperti perabot kayu yang bukan dibuat daripada jati.

Sebenarnya ia adalah perabot jati gred A yang menggabungkan elemen kolonial dan moden. Ia juga menampilkan penggunaan kulit berwarna hijau gelap untuk menambahkan keunikan perabot tersebut. Jadi, buatlah pilihan terbaik daripada senarai perabot yang anda lihat tersebut, dan padankan dengan citarasa anda.

3. Elakkan kayu yang bersambung

Seelok eloknya, elakkan daripada memilih rekaan corak dan kayu yang disambung sambung. Ia melambangkan kualiti kerja yang berkualiti rendah dan berkemungkinan corak tersebut akan tercabut pada masa hadapan. Usap tangan anda perlahan lahan di atas kayu jati di hadapan anda dan cuba rasa jika ada bahagian tersebut yang di sambung sambung. Kadang kadang juga, ada perabot jati yang tidak bersambung yang patah, lalu pekedai akan menyambungkan dengan ukiran lain. Jika ini berlaku, harga perabot yang dijual itu seharusnya kurang daripada harga pasaran kerana kualiti yang telah dikompromi.

4. Tinjau harga

Sebagaimana anda membeli pakaian, rumah dan bahan bahan dapur, sesekali lawatilah kedai perabot yang berbeza untuk membuat tinjauan harga. Jika anda mendapati ada perabot yang sudah berada di kedai bertahun tahun lamanya, berkemungkinan anda mampu membeli pada harga yang rendah kerana sudah pasti pemilik kedai tersebut ingin melupuskan inventori yang sudah lama bagi memberi ruang kepada perabot baru dan terkini.

Kebiasannya, harga perabot yang ditawarkan di negeri Sarawak adalah jauh lebih murah berbanding harga di semenanjung Malaysia. Meskipun ditambah kos pembungkusan dan penghantaran melalui kapal atau kargo, jumlah harga yang perlu dibayar masih lagi murah. Anda mungkin mampu menjimatkan perbelanjaan anda sebanyak 30% hingga 50%. Jadi, tidak hairanlah jika anda mendapati ramai mereka yang berkunjung ke Sarawak tidak melepaskan peluang untuk membeli perabot jati.

5. Guna alat penjagaan yang betul

Walaupun perabot jati kukuh dan tahan lama, penjagaan yang cermat dan berterusan adalah penting untuk mengekalkan seri perabot anda. Sewaktu membeli perabot jati, beli cecair pembersih (ia dipanggil minyak murni) yang akan digunakan untuk menggosok atau mengilatkan perabot anda. Ini tidak perlu dilakukan begitu kerap, cukuplah sekadar sebulan atau dua bulan sekali. Dengan penjagaan yang betul, perabot jati anda boleh kelihatan sama seperti dibeli walaupun telah 10 tahun atau 15 tahun memakinya.

Tempahan

Tempahan produk boleh dibuat melalui 3 cara iaitu:

Laman Web
Tempahan produk melalui laman web boleh dibuat dengan menggunakan sistem tempahan produk yang telah disediakan di dalam laman web Mutiara Jati di alamat http://www.mutiarajati.com. Tempahan boleh dibuat dengan cara menekan butang 'beli' pada produk yang dikehendaki.

Telefon
Sila hubungi +6(012)-7136130 atau pihak pengurusan Mutiara Jati bagi membuat tempahan produk dengan menggunakan telefon.

Email
Sila hantar email kepada nazri@mutiarajati.com bagi membuat tempahan melalui cara ini. Sila sertakan Nama, Alamat, Email dan Nama/Model Produk yang ingin dibeli. Sila taipkan 'Tempahan Produk' pada tajuk email bagi memudahkan pengurusan tempahan tersebut.

Surat
Sila sertakan di dalam surat anda; Nama, Alamat, No telefon dan Nama/Model produk yang dikehendaki dan poskan kepada:

Mutiara Jati
No.8 & 10 Jalan Padi Emas 4/1
Bandar Baru Uda
81200 Johor Bahru, Malaysia

Hubungi

Show Room:

Mutiarajati
No.8 & 10 Jalan Padi Emas 4/1
Bandar Baru Uda
81200 Johor Bahru, Malaysia
Tel: 07-2385832
Mutiarajati
AG-8, Jalan Pulai Jaya 1/2
Bandar Pulai Jaya
81110 Johor Bahru, Malaysia
Tel: 07-6627100

Mutiarajati (baru)
No.28 Jalan Utama 45
Taman Mutiara Rini
Johor Bahru, Malaysia
Tel: 07-5586100
Mutiarajati (baru)
No.1 Jalan BPM 1
Taman Bukit Piatu Mutiara
75150 Melaka, Malaysia
Tel: 06-2829303






Perkhidmatan

Di Mutiara Jati kami menjalankan beberapa perkhidmatan susulan bagi setiap produk perabot kayu jati yang telah dijual. Terdapat juga beberapa perkhidmatan sampingan yang ditawarkan kepada pengguna yang ingin membaiki perabot kayu jati. Di bawah adalah perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat kami.


Penghantaran Barang
penghantaran percuma diberikan kepada semua pembeli di sekitar johor bahru dan di semenanjung Malaysia Walaubagaimanapun terdapat kos penghantaran dikenakan bagi pembeli di luar semenanjung Malaysia.

'Touch Up' dan pengilatan kayu
Perabot kayu jati sememangnya terkenal dengan ketahanan dan keteguhan dari pengaruh cuaca, perubahan suhu, pereputan dan anai-anai. Walaubagaimanapun, perabot kayu jati yang telah dimakan usia akan menjadi pudar dan lusuh. Masalah ini dapat diselesaikan dengan proses 'touch up' dan pengilatan kayu.

Perabot kayu jati yang telah melalui proses pembaikan ini dijamin kelihatan seperti baru dan berkilat. Perkhidmatan pengilatan kayu ini diberikan secara percuma selama 6 tahun kepada semua pengguna yang membeli perabot kayu jati di Mutiara Jati.

Penukaran Barang
Perkhidmatan penukaran perabot yang baru dibeli boleh dilakukan jika barang yang dihantar kepada pengguna rosak dan tidak boleh digunakan. Tiada cas tambahan dikenakan kepada pengguna. Penukaran perabot yang telah rosak adalah tertakluk kepada perjanjian jual beli. Makluman penerimaan barang yang rosak hendaklah dimaklumkan secepat mungkin kepada pihak pengurusan Mutiara Jati.

Promosi

Semua produk-produk yang dijual di Mutiara Jati dijamin pada harga terendah berbanding harga barang yang ditawarkan oleh syarikat perabot yang lain. Walaubagaimanapun di atas sambutan yang menggalakkan dari para pelanggan bagi produk-produk kayu jati ini, syarikat kami menawarkan lagi beberapa harga istimewa kepada semua pelanggan setia mutiara jati yang ingin membeli pelbagai perabot rumah di syarikat ini.


Harga Istimewa
Diskaun 10% - 15% bagi pembelian perabot jati untuk seisi rumah atau pembelian dengan harga keseluruhan pembelian yang melebihi RM20,000 berpeluang menerima diskaun istimewa ini.

Istimewa Hari Raya
Diskaun sehingga 20% bagi barangan perabot jati yang terpilih semasa musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Sila hubungi pihak pengurusan Mutiara Jati di alamat email nazri@mutiarajati.com bagi mendapatkan senarai harga barang tersebut atau datang sendiri ke tempat kami bagi melihat barang-barang tersebut dari dekat.

Kualiti Terjamin

Semua perabot yang dijual di sini dijamin berkualiti. Setiap produk kayu jati disertakan dengan jaminan minimum selama 5 tahun. Perabot yang dibuat asli dari kayu jati sememangnya sudah terbukti sejak dari dulu lagi mempunyai kualiti yang tiada tandingan dan mampu bertahan lama berbanding produk kayu yang lain. Sesetengah produk juga disediakan dengan jaminan seumur hidup.

Perabot jati berkualiti tinggi
Minimum jaminan 5 tahun
1 tahun perkhidmatan pengilatan percuma

Jaminan 5 tahun

Penghantaran terus ke rumah

Setiap pembelian perabot kayu jati secara online membolehkan pelanggan mendapat pakej penghantaran percuma terus ke rumah tanpa melibatkan sebarang caj tambahan. Walaubagaimanapun pakej ini terhad kepada pelanggan di semenanjung Malaysia sahaja. Terdapat caj tambahan dikenakan bagi penghantaran barang ke luar semenanjung Malaysia. Bagi maklumat lanjut sila hantar email ke nazri@mutiarajati.com.

Terhad bagi pelanggan di semenanjung Malaysia sahaja.

Percuma

Jualan perabot jati secara online

Selamat datang ke Mutiara Jati



Sila layari laman web ini bagi melihat senarai perabot jati yang ditawarkan oleh Mutiara Jati atau lawati bilik pameran kami di Johor Bahru. Semua perabot jati yang ditempah disertakan bersama penghantaran terus ke rumah dengan percuma. Terdapat pelbagai perabot jati disediakan disini sebagai pilihan kepada pengguna dari set bilik tidur, almari hingga aksesori-aksesori rumah yang dibuat dari kayu jati yang ditawarkan dengan harga yang rendah.