Thursday, December 31, 2009

Perkhidmatan

Di Mutiara Jati kami menjalankan beberapa perkhidmatan susulan bagi setiap produk perabot kayu jati yang telah dijual. Terdapat juga beberapa perkhidmatan sampingan yang ditawarkan kepada pengguna yang ingin membaiki perabot kayu jati. Di bawah adalah perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat kami.


Penghantaran Barang
penghantaran percuma diberikan kepada semua pembeli di sekitar johor bahru dan di semenanjung Malaysia Walaubagaimanapun terdapat kos penghantaran dikenakan bagi pembeli di luar semenanjung Malaysia.

'Touch Up' dan pengilatan kayu
Perabot kayu jati sememangnya terkenal dengan ketahanan dan keteguhan dari pengaruh cuaca, perubahan suhu, pereputan dan anai-anai. Walaubagaimanapun, perabot kayu jati yang telah dimakan usia akan menjadi pudar dan lusuh. Masalah ini dapat diselesaikan dengan proses 'touch up' dan pengilatan kayu.

Perabot kayu jati yang telah melalui proses pembaikan ini dijamin kelihatan seperti baru dan berkilat. Perkhidmatan pengilatan kayu ini diberikan secara percuma selama 6 tahun kepada semua pengguna yang membeli perabot kayu jati di Mutiara Jati.

Penukaran Barang
Perkhidmatan penukaran perabot yang baru dibeli boleh dilakukan jika barang yang dihantar kepada pengguna rosak dan tidak boleh digunakan. Tiada cas tambahan dikenakan kepada pengguna. Penukaran perabot yang telah rosak adalah tertakluk kepada perjanjian jual beli. Makluman penerimaan barang yang rosak hendaklah dimaklumkan secepat mungkin kepada pihak pengurusan Mutiara Jati.

0 comments:

Post a Comment